Wednesday, September 14, 2011

Tanda-Tanda Awal Bersalin

Bagaimana saya tahu bila sudah tiba masa bersalin?

Bagaimana saya tahu saya sudah mahu bersalin?
Bila saya perlu menghubungi doktor saya?
Apa yang perlu saya lakukan pada awal perlahiran?
Bolehkan saya mengalami kontraksi tetapi bukan dalam perlahiran?
Bolehkan saya tahu jika perlahiran akan berlaku dalam masa terdekat?


Bagaimana saya tahu saya sudah mahu bersalin?
Simpton mahu bersalin adalah berbeza untuk setiap wanita dan menentukan titik mulanya adalah mustahil. Ia adalah satu proses apabila perubahan fisiologi dalam badan anda bekerjasama untuk membantu kelahiran bayi. Jika anda memang mahu bersalin, satu atau lebih daripada lima perkara berikut akan berlaku:

1. Serviks anda akan menjadi nipis dan lebih lembut (pemendekkan) dan mengembang – sehingga 10 sentimeter.

2. Kontraksi berlaku pada jarak waktu yang lebih pendek dan kerap, dan menjadi lebih lama dan lebih sakit.

3. Anda mungkin akan mengalami sakit di sebelah bawah belakang dan kekejangan seperti kekejangan prahaid.

4. Anda boleh lihat sedikit darah (lelehan mukus berwarna kecoklatan atau bercampur dengan darah). Jika ia melepasi penyekat mukus yang menyekat serviks, anda berada di ambang perlahiran – atau mungkin dalam masa beberapa hari lagi. Walau bagaimanapun, ia adalah tanda yang anda menuju ke arah itu.

5. Air ketuban anda pecah tetapi hanya jika diikuti dengan kontraksi.

Bila saya perlu menghubungi doktor saya?
Anda dan doktor anda mungkin telah berbincang mengenai apa yang perlu dilakukan apabila anda dalam perlahiran. Tetapi jika anda rasa bahawa telah tiba masanya, jangan malu untuk menghubungi doktor anda. Doktor selalu mendapat panggilan daripada wanita yang kurang pasti sama ada mereka berada dalam keadaan perlahiran atau tidak dan mereka yang memerlukan panduan – ia adalah sebahagian daripada tugas mereka. Doktor anda boleh tahu dari nada dan intonasi suara anda, jadi komunikasi lisan akan membantu. Doktor anda perlu tahu jarak masa kontraksi anda, sama ada anda boleh bercakap semasa kontraksi dan sebarang simptom yang ada.

Jika air ketuban anda pecah atau jika anda merembeskan cecair amnion, hubungi doktor anda dengan segera. Anda perlu memberitahunya jika bayi anda kurang bergerak atau sama ada anda mengalami sebarang pendarahan vagina (kecuali jika ia hanya mukus bercampur darah dalam jumlah yang sedikit), demam, sakit kepala yang teruk, perubahan dalam penglihatan anda atau kesakitan abdomen.

BabyCenter mempunyai senarai simptom kehamilan yang lain yang tidak boleh anda abaikan sekiranya terdapat perkara lain yang merisaukan anda.

Apa yang perlu saya lakukan pada awal perlahiran?
Semasa awal perlahiran, adalah penting untuk minum banyak cecair. Selang-selikan di antara berjalan dan berehat atau cuba mengambil mandian panas untuk melegakan sebarang kepedihan dan kesakitan. Jika boleh, cuba berehat sebagai persediaan untuk perlahiran nanti.

Bolehkan saya mengalami kontraksi tetapi bukan dalam perlahiran?
Ya. Anda mengalami perlahiran palsu jika serviks anda tidak mengembang (doktor anda akan memberitahu anda semasa pemeriksaan), kontraksi adalah tidak menentu dan tidak begitu kuat dan sebarang kesakitan yang anda rasa di bahagian abdomen atau belakang mudah dilegakan dengan mandian panas atau urutan.

Seorang ibu yang kami kenali mengalami kontraksi yang kuat selama tiga hari sebelum dia betul-betul dalam perlahiran. Walaupun kontraksinya adalah sakit, ia berlaku tidak menentu dan tidak boleh dijangka, iaitu ia berlaku pada setiap lima minit, tujuh minit, lapan minit, kemudian lima minit dan akhirnya pada setiap lapan minit. Selepas air ketubannya pecah, dia menangis kelegaan, dengan harapan bahawa dia telah berada dalam perlahiran. Betul, dia memang dalam perlahiran.

Bolehkan saya tahu jika perlahiran akan berlaku dalam masa terdekat?
Mungkin. Walaupun anda mungkin tidak sedar semua perkara yang berlaku, badan anda telah membuat persediaan bagi perlahiran sehingga sebulan sebelum perlahiran. Apabila perlahiran bermula, serviks telah mula mengembang dan menipis bagi sesetengah wanita.

Tanda-tanda perlahiran yang lain termasuk:

• ringan (apabila kepala bayi mula ke bawah di pelvis anda);

• pertambahan lelehan vagina (walaupun selalunya memang terdapat pertambahan semasa kehamilan);

• pendarahan sedikit (lelehan mukus berwarna kecoklatan atau bercampur darah);

• dan kontraksi Braxton Hicks yang lebih kerap dan lebih kuat.

info: http://www.babycenter.com.my/malay/pregnancy/bagaimana-tahu-tiba-masa-bersalin/

0 comments: